"Sis Kenapa Saya Beli Dengan Sis Tak Dapat Dust Bag and Waranti Kad? Fake ke?"
"Sis, Kenapa ada yg dapat dustbag, ni saya beli takde plak dustbag?"
"Sis kenapa takde paper bag? Last month saya beli dapat paperbag"
"Sis, apasal care card ni tak sama dengan care card sebelum ni? Ni ada QR code je, betul ke authentic ni?"
Ya Tuhan banyak betuul soalan ni Farah terima sepanjang menjadi personal shopper. It is okay. Jom farah share some of info yang penting untuk beli Luxury Item dari Farhana Luxe & Co.
Soalan pertama: "Sis Kenapa Saya Beli Dengan Sis Tak Dapat Dust Bag and Waranti Kad? Fake ke?"
Soalan Kedua: "Sis, Kenapa ada yg dapat dustbag, ni saya beli takde plak dustbag?"
Coach Outlet USA memang tak provide dust bag ya tuan puan kaya raya sekalian. Betul. Only Retail Transfer / Coach Reserved yang dapat dustbag. Memang dah siap-siap ada berlipat dalam bag tu. Kalau beli from Coach outlet Malaysia, memang akan dapat dustbag, tapi dust bag dorang keras kejung tau. jangan cakap fake plak, Mak hempuk awak karang. Haaa, dustbag malaysia memang lain okay. Dustbag dia macam beli bag kat parkson/sogo je weh ahahahaha. Keras Kejung.
Waranti Kad? Okay ni hot topik. Mana pernah beli item Coach Outlet dapat waranti kad awak. Saya jual authentic sahaja, nak yg ada waranti kad hitam tu kalau beli "coach outlet shopee china" yg FAKE tu komfem dapat. Siap depa jual asing lagi authenticity card. Kemain membongak lagi heh. Even if you beli from Coach Outlet Malaysia pon, dorang cuma cop atas resit pembelian (refer contoh kat bawah okay).
Usa Outlet waranti cuma 1 year and boleh claim di USA sahaja. But for bulk buyer macam Farah, memang takkan dapat waranti pon. Orang yg biasa beli tak terkejut pon dengan benda ni. This is knowledge okay! Nak waranti go buy from Malaysia outlet. But if korang beli Item from Butik/ Retail of course akan dapat waranti 1or 2 years and claimable world wide tau. Harga pon chantek secantik diorang jaga service barang kita. Waranti Kad? YES ada FOR RETAIL/BUTIK item. Tapi kalau dah jadi Retail Transfer mean dah masuk outlet, terus takde dah lah waranti kad. Waranti kad ni Butik yg keluarkan bukan outlet.
Soalan Ketiga: "Sis kenapa takde paper bag? Last month saya beli dapat paperbag"
Coach Outlet Malaysia akan dapat Box/ Paperbag dapat based on request and availablity. Kalau beli dari USA outlet (yes mostly this website sell USA item sebab tu murah banyak dari harga di Malaysia), Paper bag akan dapat based on availablity pada farah. For now memang ada paperbag cumanya terhad sangat. Every sale kitorang borang almost 400 bags per day tapi paperbag dapat alahai tak smpai 100 keping pon.
Kalau siapa yg follow tiktok farah, they will know how Staff Coach USA packing bag team Farah beli. Masuk dalam plastik besar je wehhh.. Hahahahaha! Sebab tu ada yg smpai togel takde plastik, dari rak terus masuk ke plastik je. But our warehouse team akan repacking balik elok elok masuk dalam plastik biasa sebab nak protect your precious bag tau. Yelah ni bukan bag pasar malam, mostly made of genuine leather kot! Bukan seringgit dua.
Kalau online order lagi la haremmm takde paperbag noksss... Tak bermakna takde paperbag tu fake okay. Korang beli kat farah pastu terus masuk outlet coach, mk, kate spade kat malaysia dengan bergaya, lah sama je bag aku beli hah tp harga sini nauzubillah.. hehehehe. of course sama benda authentic sama je dengan outlet Malaysia.
Soalan Keempat: "Sis, apasal care card ni tak sama dengan care card sebelum ni? Ni ada QR code je, betul ke authentic ni?"
Masya Allah, soalan ni pon hadooo ye. Bukan sorang, ramai bebeno! Meh kita educate diri kita. Coach ni sama macam other brand la tak kisah la branding fashion, F&B or apa-apa lah. Semua akan makin moden, semua makin ringkat. Care card dorang pon mestilah akan upgrade mengikut arus masa. Skrg mmg sekeping care card cuma ada QR code sahaja untuk latest design/item. Kalau tak yakin jangan beli. Tu je.
Sekian sharing dari Farah. Happy shopping!